Rabu, 09 November 2011

Panduan Mencari Pasangan Hidup


Islam merupakan sebaik-baik agama yang memandu manusia kepada
kebahagian sejati baik di dunia mahupun akhirat. Islam juga menyediakan panduan
yang lengkap dalam menjalani kehidupan sebagai manusia.
Firman ALLAH S.W.T yang Maksudnya:
“Sesiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka dia tidak diterima (di sisi kami) dan
di hari akhirat kelak dia akan termasuk di kalangan mereka yang rugi.” – Surah Ali 'Imran: 85.
Manusia telah diciptakan oleh ALLAH S.W.T dengan bentuk kejadian yang unik
dan berbeza daripada makhluk-makhluk-NYA yang lain. Bermula daripada Adam a.s
dan seterusnya makhluk yang bergelar wanita pertama bernama Hawa. Daripada
mereka berdua lahirlah generasi manusia berikutnya melalui proses percantuman
benih antara lelaki dan wanita.
Kehidupan bermula apabila berlaku persetubuhan antara seorang lelaki dengan
seorang wanita. Daripada perbuatan ini, lahirlah benih yang bernyawa di mana ia
membesar dari rahim seorang wanita. Akhirnya muncullah seorang generasi baru yang
kemudiannya bergerak dan berjalan di muka bumi.
Firman ALLAH S.W.T yang Maksudnya:
“Daripada apakah manusia itu diciptakan ?” – Surah 'Abasa: 18.
Firman ALLAH S.W.T yang Maksudnya:
“Dari setitis air mani (air lelaki) ketika ia tertumpah ke dalam rahim (kemaluan wanita).” –
Surah al-Najm: 46.
Melalui proses ini, kehidupan sosial manusia terbentuk, lahir dan wujud di
hadapan kita pada hari ini. Demi kelangsungan fitrah yang ditetapkan oleh-NYA
dalam mentadbir urusan dan perjalanan kehidupan, DIA yang Maha Agung dan Maha
Berkuasa telah menetapkan bahawa kejadian manusia yang berbeza jantina itu
dipenuhi dengan sifat kasih sayang dan memiliki daya tarikan biologi secara semula
jadi antara satu sama lain.
Firman ALLAH S.W.T yang Maksudnya:
“(Tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.” - Surah
Ar-Rum: 30.

0 komentar:

Posting Komentar

terima kasih karna tlah berkunjung ke sharetex...
silahkan di komen....

 

artikel terbaru

all posts

Followers

pengunjung

free counters Web Directory

Add to Google Reader or Homepage

sharetex Copyright © 2011 Not Magazine 4 Column is Designed by ojasetiawan Sponsored by sharetex.blogspot.com